Isnin, 30 November 2009

Tips meleraikan masalah

salam...salam aidiladha diucapkan...sepanjang cuti ni tiada apa sangat yang dilakukan...rutin harian tidur, kemas rumah, masak, rehat2, tengok cerita, kadang2 jer jaga kedai...but last few days, i help someone to answer a few questions...soalan2 ni dibentangkan dalam sebuah forum yang mana that someone become the panel for the forum...

soalan-soalannya agak biasa didengar tapi tak sangka time nak cari jawapan kepada soalan2-soalan ini agak mencabar...lebih-lebih lagi bila dah start cuti ni..walaupun baru seminggu cuti tapi otak dah mula membeku...hehe...tapi memang semangat dan gembira jer untuk selesaikan tugas ni...and it really fill a part of my holiday with something beneficial rather than tak buat apa2...

so, here is the question and few quotes of the answers which i gathered them from several popular islamic books...and also from some conventional books..tapi belum minta kebenaran lagi dari tuan punya soklan dan jawapan untuk publish kat blog...hehe..jadi letak skit jer la dulu yer...

Soalan:

a) Hidup manusia akan menjadi jemu tanpa masalah dan ujian...namun jika tak mampu menguruskan sesuatu permasalahan itu dengan baik juga pasti akan mengundang bencana...apakah tips2 untuk meleraikan setiap simpulan permasalahan yang kita hadapi dengan cermat dan berjaya...

Abu Al-Faraj Ibn Al Jauzi berkata: 6 perkara penawar bagi orang menghadapi musibah:

-Hendaklah seseorang itu menyedari, bahawa dunia ini adalah tempat ujian dan kesusahan, bukan tempat bersenang2.

-Hendaklah seseorang itu meyakini bahawa setiap musibah yang datang itu adalah ketentuan dari Allah.

-Hendaklah orang yang terkena musibah itu melihat kepada musibah yang lebih besar yang pernah menimpa kepada orang lain selain dirinya, dengan demikian hatinya akan sedikit terhibur.

-Hendaklah ia mengharapkan ganti dari Allah sekiranya yang hilang dan pergi itu belum mendapat gantinya.

-Hendaklah orang yang terkena musibah itu mengharapkan pahala denga sentiasa bersikap sabar kerana yang demikian itulah yang terbaik buat dirinya.


Perkara2 lain yang dapat mengubati hati ialah:


-Hendaklah orang yang terkena musibah itu memahami akan kehendak Allah, baragkali yang demikian itu adalah yang paling baik untuknya.

-Hendaklah orang yang terkena musibah itu mengetahuia bahwa beratnya musibah yang menimpa diri seseorang itu kerana orang tersebut adalah hamba pilihan Allah.

-Hendaklah orang yang terkena musibah itu menyedari bahawa dirinya adalah hanba yang tidak ada daya upaya ketika berhadapan dengan kekuasaanNya.

-Hendaklah orang yang ditimpa musibah itu menyedari bahawa musibah yang ditimpakan atas dirinya adalah atas kerelaan Allah, justeru itu ia harus rela menerimanya.

-Hendaklah orang yang ditimpa musibah itu mencela dirinya jika ada perasaan menyesal dalam hatinya kerana musibah itu adalah keputusan dari Allah, justeru itu perasaan menyesal haruslah dihilangkan.

-Hendaklah orang yang menghadaip masalah memahami bahawasanya masalah yang menimpa dirinya adalah bersifat sementara dan bukannya untuk selamanya.


Rujukan:

Rahmat Disebalik Dugaan, Kasmuri Selamat M.A

La Tahzan, Dr. 'Aidh Abdullah al-Qarni

Ahad, 15 November 2009

Jika aku...


p/s: sekadar nak memahatkan ayat2 kat atas ni di blog ni walaupun agak lama dah kan ayat2 ni keluar...moga hati kita telus dalam mencintaiNya...

(Jika Aku Jatuh Hati- htttp://www.youtube.com/watch?v=Q2KdDbBPjjU&NR=1&feature=fvw)


Selasa, 10 November 2009

Cukupkah dari ku...


Muhasabah buat diri ini yang sentiasa alpa...yang terkadang terlupa tujuan sebenar di atas setiap yang berlaku...yang terkadang mensia2kan peluang yang diberikan...

Dalam mengharungi hari-hari ku dibumi UIAM ini...kekadang hati hitam ku ini mengeluh..terasa berat segala beban2 da’wah yang diberikan..terasa sesak amanah2 yang perlu dipikul...terasa terkadang tiada kah ruang untuk ku seperti insan2 lain..menjalani kehidupann ‘normal’ di kampus...namun..ternyata diri ini silap..diri ini alpa..lalai..bertapa mudah membenarkan bisikan2 syaitan mempengaruhi diri..sehinggakann melupakan baiah yang dibuat:

“untuk berjuang di jalan Nya hingga ke akhirnya ..

untuk meletakkan Dia sebagai matlamat hidup..

untuk menjadikan Kekasih Nya sebagai teladan terbaik..

dan meletakkan Quran dan sunnah sebagai panduan hidup”

Belum pun diri ini diuji sehebatnya...hati ini sudah pandai mengeluh..sedangkan adakah ‘amanah’ itu pengukur kepada banyak atau sikit bakti ditabur...atau adakah ianya sebagai pengukur kepada da’wah yang kita lakukan...kekadang tanpa kita sedari..ada insan lain..yang mungkin tanpa apa2 ‘nama’...menaburkan lebih banyak bakti dari kita...lebih hebat usahanya dalam memperjuangakn agama Allah..sesungguhnya, setiap manusia itu diukur bukan berdasarkan apa yang dilakukan...tetapi sejauh mana keihlasan di hati..sejauh mana ikhlasnya berjuang dan berda’wah di jalan Nya...mungkin hanya dengan perbuatan yang kecil disertai keihlasan di hati jauh lebih diterima Nya..berbanding melakukan sesuatu yang diketahui seluruh isi alam tapi tanpa disertai ‘lillahi ta’ala’...

Mungkinkah masih ada peluang untuk ku..walaupun dikesempitan waktu ini...untuk kali terakhirnya..menggunakan segala-galanya yang ku miliki untukku taburkan di jalan da’wah..dalam perjuangan ku dibumi UIAM ni..mungkin kah...

Teringat peristiwa yang berlaku beberapa bulan lepas...seorang junior menegur ku ketika sedang menunggu makanan di cafe...

“kak syaza kan..akak dah 4th year yer...”

Terkejut dengan sapaan itu..dengan senyuman..ku cuba mengingati..mencari2 disetiap pelusuk ingatan ku..siapa yer gerangannya...

Agaknya junior itu perasan yang ku belum mampu menginagtinya..lantas dia mengenalkan dirinya...katanya seorang junior yang pernah ku tolong sewaktu ku menjadi comitee welfare sesi taaruf week 2 tahun yang lalu...ketika itu diri ini belum ‘bernama’...saat dimana tanpa perlu memikirkan apa2, ku gagahi diri ku..memberikan perkhidmatan dan pertolongan semampu nya kepada adik2...

Dan junior itu..apa yang ku lakukan hanya la menghantar makanan kepada nya di mahallah sepanjang sesi taaruf week kerana kesihatannya yang tidak mengizinkan...hanya kerana itu..dia masih mengingati ku..yang membuat kan ku terfikir...adakah apa yang kita buat dinilai berdasarkan besar atau kecil usaha kita itu...dan aku yakin saat junior itu menegur ku...dia langsung tidak mengenali ku sebagai ‘siapa2’ tp hanya sebagai seorang kakak yang pernah menolongnya..

di saat itu ku terfikir, segala usaha yang ku curah kan selama ini, adakah berguna dan bermanfaat pada yang lain..atau hanya diri ini yang merasai telah berusaha sedangkan usaha itu jika dibandingkan dengan usaha ku dulu sewaktu diri ku tanpa ‘nama’ jauh lebih kecil nilainya...ternyata terkadang diri ini hanyut dalam kealpaan..sehingga terkadang melupakan niat asal ku berada dalam jalan da’wah ini...

Suatu lagi peristiwa kecil tapi besar kesannya dalam hatiku..tapi kali ini pertolongan itu datangnya dari insan lain..dimana seorang hamba Allah itu menawarkan diri untuk membantu ku dan sahabat ku..walau pertolongan itu hanyalah menjijing dan mengangkat seplasktik besar kertas2 untuk dibawa ke tingakt 4 KOM, namun peristiwa itu cukup berbekas di hatiku..bertapa ikhlasnya hamba Allah itu menolong tanpa mengenali siapa diriku dan sahabat ku (kerana waktu tu kena pakai mask, wabak H1N1)...peristiwa ini cukup menginsafkan diriku..sepatutnya diri ini perlu jadi lebih baik dari nya...kan...

“Actions talk more...”

Atau

“Kepimpinan dari teladan..”

Untuk diri ku dan untuk semua...curahkan lah usaha sebanyank yang kita mampu..berbaktilah sedaya yang boleh...walau hanya dengan mengutip seketul batu di jalanan..walau hanya dengan menawarkan secebis pertolongan...namun itu lebih baik dari tidak melakukan apa2...kerana sesunguhnya kita tidak tahu mana satu antara secebis usaha2 kita itu akan diterimaNya...dan kita tidak tahu selama mana kita akan diberi peluang untuk mencurahkan bakti kita...maka, gunakan lah setiap peluang dan kesempatan yang ada sebaiknya..supaya kelak kita tidak akan menyesal...moga perjuanagn di jalanNya sentisa dimudahkan...

" Barangsiapa yang akhirat itu tujuan utama baginya, Allah jadikan kekayaan di dalam hatinya, Allah susun urusannya, dan Allah datangkan dunia itu dalam keadaan yang hina baginya. Barangsiapa yang dunia itu tujuan utama baginya, Allah jadikan kefakiran di antara kedua matanya, Allah cerai berai kan urusannya, dan Allah mendatangkan dunia dengan mengikut kadar-kadarnya...(Hadith Tirmidzi)


Sabtu, 7 November 2009

Flowers..and sweet smell of flowers


em..kenapa yer tetiba minat kat bunga ni...sape2 ada jawapan ke...???

Lumrah alam..setiap perkara diciptakan ada alasan disebalik penciptaannya...setiap sesuatu tu datangnya dengan keistimewaan tersendiri...sepertimana istimewanya sekuntum bunga...indahnya sekuntum bunga...begitu juga kita...diciptakan dengan keistimewaan dan kelebihan tersendiri...namun..adakah kita mengetahui apakah keistimewaan kita..dimanakah kelebihan kita..andai ya jawapannya....apakah yang kita lakukan dengan semua itu...untuk siapakah semua itu???

p/s: syaza(BA)= wangi (BM)= sweet smell (BI)...sebab ni ke suka kat bunga ni..atau mungkinkah ada maksud lain yang tersirat...hehe...

Rabu, 4 November 2009

Maan najah fil imtihan sahabat-sahabat..

A few words to ponder...

{kak AC to jaja}
" Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanajan urusan (yang dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu" [Ath-Thalaq:2-3]


{fiey to jaja}
"our greatest glory is not in never failing but in rising evert time we failed"


{Dayah to jaja}
"Allah test us often and for every pain He gives us, provided we are patient, is followed by rich again. So, whenever we feel that everything going wrong, it's just Allah's way to make our spirit strong.Don't judge life by one difficult season, persevere to the best of our ability thru the difficulty pathes and better things are sure to come some time later...."


{C'na to jaja}
Dalam diari pejuang, tiada masalah yang merumitkan, ujian yang melemahkan, bala yang menyusahkan, bahkan semua itu dijadikan batu loncatan untuk menjadikan kita lebih hebat dan tepu dengan masalah dan ujian. cuma sesekali airmata merembes menerjah pipi, lambang kekerdilan kudrat hamba berdepan dengan belaiain Pencipta, sebagai tanda ingatanNya. Selamat berjuang sahabatku. Semoga tabah dan thabat dalam perjuangan."


Kata-kata semangat yang dilihat hampir tiap hari tiap kali ada peluang duduk di meja tulis...Semuanya hadiah dari sahabat2... itulah indahnya persahabatan...saling menguatkan dan saling mengingatkan...

Untuk semua sahabat2, dan siapa sahaja yang mengenali...Good Luck Exam...and do your best..jangan berputus asa sebelum berjuang..sesungguhnya perjuangan ini masih panjang..dan exam, belajar hanyalah sebahagian kecil catatan dalam diari perjuangan kita...apapun...treat everything seadilnya...Moga rahmat dan redhaNya sentiasa bersama..insyaAllah.

Examination Time table:

PHARMACOTHERAPEUTICS I (4/11) - DONE
Clinical Nutrition (5/11)
OTC (over the counter) Medication (6/11)
Pharmacy Practice IV (10/11)
Quality Assurance (11/11)
Dosage Design II (13/11)
Sterilization & Aseptic Technology (17/11)
Pharmacoepidemiology and Pharmacoeconomics (18/11)
MCQ (19/11)

....still long way to go...tolong doakan yer....semoga kami semua pelajar 4th year farmasi UIAM bleh buat dengan cemerlang dan dimudahkan segala urusan..ameen.