Jumaat, 17 Julai 2009

amalan-amalan yang menyelamatkan manusia daripada api neraka

Sedikit pengisian untuk kita kongsikan dan renungkan bersama. Moga kita semua akan terus berusaha mencari redhaNya…insyaAllah…


Hadis ini dikeluarkan oleh al-Tarmizi daripada al-Hakim, daripada Abdullah bin Umar, daripada Nafie’, daripada ibnu Abi Hudaie’, daripada Abdul Rahman bin Abdillah, daripada Sai’d bin Musayyab, daripada Abdul Rahman bin Samurah katanya, bahawa Rasullullah S.A.W bersabda yang bermaksud:


“Semalam aku melihat perkara yang menakjubkan . aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku didatangi oleh malaikat Maut, maka dating la amlan baik lelaki itu,iaitu amalan kerana menjaga kedua ibubapa nya. Amalan itu datang dan berjumpa dengan malaikat Maut lalu menghalang malaikat Maut daripada mengambil nyawa lelaki itu. (dengan amalan itu maka bertambah panjang umur lelaki itu).


Begitu juga aku melihat seorang lelaki daripada umat ku yang sednag berhadapan dengan azab kubur, tiba-tiba datang amalan wudu’ orang itu yang cukup sempurna lalu menagkis azab kubur itu, sehingga lelaki itu terlepas daripada azab kubur yang sudah bersedia mengazabnya.


Begitu juga aku mlihat seorang lelaki daripada kalangan umatku yang dikelilingi syaitan tang akan menyesatkannya. Ketika itu datang amalan zikrullah orang itu dan menghamat syaitan-syatian itu. Maka orang itu terlepas daripada perbuatan syaitan yang akan menyesatkannya.\\aku juga melihat umatku sedang dikelilingi oleh malaikat Azab yang sudah bersiap sedia hendak mengazab orang itu, maka datang lah amalan solat (solat fardu dan sunat) orang itu lalu melepaskannya daripada azab itu.


Selain itu aku juga melihat umat ku sedang dalam keadaanterlalu dahaga, setiap kali dia pergi kepada kolam-kolam air, ada orang yang menghalaunya. Pada ketika itu dtang la amalan puasa orang itu dengan membawakan air kepadanya, maka minumlah dia sehingga hilanglah dahaganya.


Aku juga melihat kumpulan umatku sebagaimana nabi-nabi yang lain duduk berkumpul-kumpul. Tetapi di kalangan orang ramai itu terdapat seorang daripada umatku, yang setiap kali dia cuba manghampiri kumpulan-kumpulan itu dia akan dihalau. Kemudian datang amalan orang itu yang berupa amalan mandi janabah, lalu amalan itu mengangkat orang berkenaan dan melatakkannya dalam kumpulan manusia dan para nabi.


Begitu juga aku melihat umatku sedang dikelilingi oleh gelap-gelita menyebabkan dia kebingungan. Ketika itu datang amalan haji dan umrahnya lalu menariknya daripada keadaan gelap gelita dan menghantarnya ke tempat terang benderang.


Begitu juga aku melihat seorang daripada kalangan umatku yang mahu bercakap dengan orang lain, malangnya orang-orang itu tidak mahu berkata-kata dengannya. Ketika itu datang la amalan silaturahhim dan berkata lah ia; ‘ wahai oran-orang mukmin semua, berkata-katalah (berbual-buallah) terhadap orang ini.’ Setelah itu maka berkata-katalah orang-orang mukmin itu kepada orang berkenaan.


Aku juga melihat seorang daripada umatku sednag ditimpa percikan api, keitka itu datang la amalan sedekah lalu menjadi perisai kepada orang itu daripada bahaya semburan api itu.


Selain itu aku juga melihat seorang daripada umatku yang sedang diheret ke dalam api neraka. Pada ketika itu dtang lah amalan amar makruf nahi mungkar bersama dengan malaikat Rahmat, lalu menyelamatkan orang erkenaan dari dalam kawah api neraka.


Aku melihat seorang daripada umatku yang jalan merangkak bagi menemui Allah S.W.T, malangnya ada tembok yang memisahkan mereka dengan Tuhannya. Ketika it dtanglah amalan mereka berupa akhlak yang mulia, lantas memimpin tangan oranng itu menuju ke hadrat Allah S.W.T.


Sesungguhnya aku juga melihat suratan amalan umatku yang dihulurkan kepadanya oleh malaikat dengan tangan kiri, ketika itu datanglah kepadanya amal ibadatnya yang disebabkan rasa gerun kepada Allah. Amal yang disebabkan gerun kepada Allah itu menjadi penghakis kepada suratan yang bakal diterima melalui tangan kirinya, menyebabkan bertukarlah suratan amal itu menjadi suratan amal dari sebelah kanan.


Begitu juga aku melihat seorang daripada umatku yang timbangan amal kebajikan terlalu ringan sebaliknya timbangan amal yang jahat mengatasi timbangan yang baik. Ketika itu datanglah anak-anak orang itu yang mati ketika kecil, lalu timbangan amal kebajikan orang tuanya menjadi berat.


Aku juga melihat antara umatku yang sedang berdiri ditepi neraka jahanam dan hampir-hampir terjerumus ke dalamnya, maka ketika itu datang lah amal jahat yang tidak jadi dilakukannya semata-mata kerana gerun dan takut kepada Allah. Amlaan itu menarik tangan tuannya hingga terselamatlah dia daripada api neraka dan memasukkannya ke dalam syurga.


Aku juga melihat umatku yang sedang menjunam jatuh ke dalam neraka, tiba-tiba datang air matanya yang menitis semasa di dunia dahulu disebabkan oleh sesalan terhadap perbuatannya yang buruk, semata-mata kerana Allah.. lalu air mata sesalannya itu menyambarnya daripada terus terjatuh ke dalam kawah neraka, menyebabkan dia terkeluar daripada neraka itu.


Aku juga melihat di kalangan umatku yang berdiri di atas sirat dalam keadaan terketar-ketar kerana takut terjatuh ke dalam neraka, sebagaimana ketarnya orang yang sakit tenat. Tiba-tiba dtang amalan hatinya iaitu perasaan ‘Husnu Dzan’ (sangka baik) terhadap Allah, maka husnu dzannya itu menyelamatkannya daripada terjatuh ke dalam api neraka serta dapat meneruskan perjalanan melalui sirat itu dengan selamat menuju ke syurga.


Aku juga melihat di kalangan umatku yang sedang mengengsot dan merangkak di atas titian sirat, ketika itu datanglah amalan selawatnya kepada aku (Rasulullah S.A.W) lalu dipegangnya tangan orang itu dan diangkatnya berdiri tegak. Maka selawat itu memimpinnya terus merentasi titian sirat itu dan selamat sampai ke syurga.


Akhirnya aku juga melihat di kalangan umatku yang telah sampai ke syurga, malangnya setiap pintu syurga yang hendak dilaluinya tertutup dan terkunci untuknya. Ketika itu datang lah syahadatnya yang menjadi pegangan akidahnya, maka terbukalah pintu syurga dan dapatlah umatku itu memasuki syurga dengan aman.”


(dipetik dari ‘Bertemu Janji Allah’, karangan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat)

0 ulasan:

Catat Ulasan