Apr 9, 09 4:06pm
Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan barisan kabinet pertamanya dengan menampilkan tujuh muka baru dan menggugurkan lapan anggota jemaah menteri yang lepas.
Kabinet baru ini menyaksikan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri dan menteri pelajaran.
Najib, mengangkat sumpah sebagai perdana menteri keenam Jumaat lalu, mengekalkan portfolio menteri kewangan yang disandangnya sejak 19 September lepas, susulan pertukaran portfolio pertahanan dengan perdana menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Jemaah menteri Najib lebih kecil - 28 menteri dengan 25 kementerian - berbanding 32 menteri dengan 27 kementerian semasa pentadbiran Abdullah sebelum ini.
"Inilah saf dan inilah pasukan kita yang diharapkan menjadi cerminan
kekuatan serta wajah kemajmukan
Putrajaya mulai 3 petang.
Pengumuman itu disiarkan secara langsung oleh stesen-stesen TV tempatan.
Barisan kabinet itu juga ingin mencerminkan slogan pentadbiran Najib iaitu "Satu
Lapan menteri yang tidak tersenarai: Datuk Seri Syed Hamid Albar
(Dalam Negeri), Datuk Seri Azalina Othman Said (Pelancongan), Senator Tan Sri Muhammad Muhd Taib (Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah), Senator Datuk Amirsham A Aziz (Jabatan Perdana Menteri), Datuk Ong Ka Chuan (Perumahan dan Kerajaan Tempatan), Datuk Mohd Zin Mohamed (Kerja Raya), Datuk Seri Zulhasnan Rafique (Wilayah Persekutuan) dan Datuk Shahrir Abdul Samad, yang meletakkan jawatan.
Tujuh muka baru yang dilantik ialah:
Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang bertanggungjawab bagi hal-ehwal perpaduan dan pengurusan prestasi.
Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) Mej Jen Datuk Jamil Khir Baharom sebagai menteri di JPM yang bertanggungjawab bagi hal ehwal Islam.
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah yang dilantik menteri kewangan kedua.
Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat yang pernah disandangnya sebelum pilihanraya umum 2008.
Datuk Anifah Aman sebagai menteri luar - yang pernah jawatan timbalan menteri sewaktu Abdullah membentuk kabinet baru selepas pilihanraya 8 Mac tahun lepas.
Ketua Umno Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin sebagai menteri Wilayah Persekutuan, dan
Naib Presiden MCA Datuk Kong Cho Ha - sebelum ini timbalan menteri kewangan, sebagai menteri perumahan dan kerajaan tempatan.
Daripada tujuh muka baru itu, empat dilantik menjadi menteri melalui
lantikan senator iaitu Dr Koh, Sharizat, Raja Nong Chik dan Jamil Khir yang mengangkat sumpah petang ini.
Pada sebelah pagi, perdana menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong selama 30 minit untuk mempersembahkan senarai anggota kabinet itu untuk perkenan baginda.
Najib tiba di Istana Terengganu pada kira-kira jam 11 pagi dan beredar pada jam 11.35 pagi.
Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri semalam, para menteri dan timbalan menteri dijadual mengangkat sumpah taat setia dan menyimpan rahsia di Istana Negara esok.
Upacara bersejarah tersebut akan diadakan pada jam 9.30 pagi dan disiarkan secara langsung oleh RTM
Dipetik dari http://www.malaysiakini.com/news/102012.
Dan diharapkan juga agar pemimpin-pemimpin mahasiswa hari ini mampu memainkan peranan yg lebih aggresif dan proaktif dalam menjadi ‘check and balance’ kepada kerajaan. Semoga suara kita sebagai mahasiswa mampu mencorakkan perubahan yg diharapkan oleh semua…insyaAllah…Salam perjuangan buat semua pemimpin-pemimpin mahasiswa.
0 ulasan:
Catat Ulasan