Isnin, 30 November 2009

Tips meleraikan masalah

salam...salam aidiladha diucapkan...sepanjang cuti ni tiada apa sangat yang dilakukan...rutin harian tidur, kemas rumah, masak, rehat2, tengok cerita, kadang2 jer jaga kedai...but last few days, i help someone to answer a few questions...soalan2 ni dibentangkan dalam sebuah forum yang mana that someone become the panel for the forum...

soalan-soalannya agak biasa didengar tapi tak sangka time nak cari jawapan kepada soalan2-soalan ini agak mencabar...lebih-lebih lagi bila dah start cuti ni..walaupun baru seminggu cuti tapi otak dah mula membeku...hehe...tapi memang semangat dan gembira jer untuk selesaikan tugas ni...and it really fill a part of my holiday with something beneficial rather than tak buat apa2...

so, here is the question and few quotes of the answers which i gathered them from several popular islamic books...and also from some conventional books..tapi belum minta kebenaran lagi dari tuan punya soklan dan jawapan untuk publish kat blog...hehe..jadi letak skit jer la dulu yer...

Soalan:

a) Hidup manusia akan menjadi jemu tanpa masalah dan ujian...namun jika tak mampu menguruskan sesuatu permasalahan itu dengan baik juga pasti akan mengundang bencana...apakah tips2 untuk meleraikan setiap simpulan permasalahan yang kita hadapi dengan cermat dan berjaya...

Abu Al-Faraj Ibn Al Jauzi berkata: 6 perkara penawar bagi orang menghadapi musibah:

-Hendaklah seseorang itu menyedari, bahawa dunia ini adalah tempat ujian dan kesusahan, bukan tempat bersenang2.

-Hendaklah seseorang itu meyakini bahawa setiap musibah yang datang itu adalah ketentuan dari Allah.

-Hendaklah orang yang terkena musibah itu melihat kepada musibah yang lebih besar yang pernah menimpa kepada orang lain selain dirinya, dengan demikian hatinya akan sedikit terhibur.

-Hendaklah ia mengharapkan ganti dari Allah sekiranya yang hilang dan pergi itu belum mendapat gantinya.

-Hendaklah orang yang terkena musibah itu mengharapkan pahala denga sentiasa bersikap sabar kerana yang demikian itulah yang terbaik buat dirinya.


Perkara2 lain yang dapat mengubati hati ialah:


-Hendaklah orang yang terkena musibah itu memahami akan kehendak Allah, baragkali yang demikian itu adalah yang paling baik untuknya.

-Hendaklah orang yang terkena musibah itu mengetahuia bahwa beratnya musibah yang menimpa diri seseorang itu kerana orang tersebut adalah hamba pilihan Allah.

-Hendaklah orang yang terkena musibah itu menyedari bahawa dirinya adalah hanba yang tidak ada daya upaya ketika berhadapan dengan kekuasaanNya.

-Hendaklah orang yang ditimpa musibah itu menyedari bahawa musibah yang ditimpakan atas dirinya adalah atas kerelaan Allah, justeru itu ia harus rela menerimanya.

-Hendaklah orang yang ditimpa musibah itu mencela dirinya jika ada perasaan menyesal dalam hatinya kerana musibah itu adalah keputusan dari Allah, justeru itu perasaan menyesal haruslah dihilangkan.

-Hendaklah orang yang menghadaip masalah memahami bahawasanya masalah yang menimpa dirinya adalah bersifat sementara dan bukannya untuk selamanya.


Rujukan:

Rahmat Disebalik Dugaan, Kasmuri Selamat M.A

La Tahzan, Dr. 'Aidh Abdullah al-Qarni

2 ulasan:

Suhaila S. berkata...

Salam jaja..

hari tu sy nampak jaja kat giant, tp tengah kalut2 sbb nk naik bas mlm tu, sori x tegur.. pk2 balik, kalau tegur kejap pun, bukannya bas tggal sy kn.. wuwuuu..

hmm.. suka entri ni.. mendidik jiwa..kalau setakat baca je mungkin x berkesan, tp kalau difikir-fikir, amik simpan jadikan rules kat hati.. insyaAllah dapat didik hati utk jd lebih redha dgn setiap ujian Dia.. =)

p/s: waiting for the next tips.. ;)

syaza berkata...

salam...o..ada yer sue masa kt giant ari tu..tak perasan plak bila ramai sangat orang ni..dah jadi cam tin sardin jer giant ngan mydin time2 cuti dan raya ni..hehe

tips2 ni lebih berkesan untuk siapa2 yang mengalaminya kan..kl baca tanpa disertai hati mesti cam takde makna jer..

tips seterusnya insyaAllah..dalam masa terdekat..

Catat Ulasan