Isnin, 8 Jun 2009

Konvensyen Kebangsaan MPP IPTA 2009 kali ke 3

Alhamdulillah, on 15th until 19th Mei 2009, 14 excos of Students’ Representative Council IIUM attended Konvesyen Kebangsaan Majlis Perwakilan Pelajar IPTA 2009 kali ke-3 (National Convention of Students’ Representative Council of Public Institution of Higher Education 2009) at Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor. The programme that was organized by Ministry of Higher Education (MOHE) with the theme ‘Mahasiswa teras pembangunan modal insan cemerlang’ gathered all SRCs from all IPTA in Malaysia.

The 5 days programme that was officially launched by Y.B Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Minister of Higher Education objectively to expose the students’ leaders on national policies, integration and also leadership. Besides, this programme is a platform for the students’ leaders to develop networking, sharing vision and ideas, and also to develop students’ leaders with excellent and strong characters of leadership.

Some of the activities during the convention were academic forum, sessions with scholars, session with MOHE, paper work presentation, community services, discussion, resolution presentation, and Bicara Siswa forum of RTM. For the paperwork presentation, the presentations that were presented by representatives from various universities were based on four main topics which were academic, leadership, character building, and economic and enterprise. Some of the paperwork presented were ‘Revolusi Mahasiswa dan ‘Politik Baru’ Malaysia, Burnout among Student Leaders in Mara University of Technology (UiTM), Pemerkasaan Mutu dan Kualiti Pendidikan Sekolah-Sekolah Luar Bandar, Negeri Sabah, Menjana Keunggulan Sahsiah Mahasiswa di IPTA: Melalui Pendidikan Agama secara Berterusan, Pembangunan Usahawan Siswa Menerusi Kes Perundingan Universiti Kebangsaan Malaysia Terhadap Enterpris Kecil and so on.

We also had a session with Deputy Minister II of Higher Education, Y.B. Dato’ Saifuddin Abdullah. During the session, lots of welfare issues of the students were raised up to the Y.B and hopefully action will be taken to cattle the issues that involved the students. Moreover, all the SRCs were grouped into several groups based on our post in SRC to discuss on the resolutions based on 4 topics; academic, leadership, character building, and economic and enterprise. These resolutions will be presented to the Ministry of Higher Education for further actions.

Futhermore, we also involved in community services where we were sent into several villages in Parit Raja, Batu Pahat. Some of us celebrated Teachers Day with school childrens, some helped villagers to decorate the village, and many more. We also enjoyed visiting interesting places in the villagers such as lamb farm, keli ponds, and kerepek factory.

This programme benefits the SRCs where we were able to broaden our view, share the ideas, voice up students’ problems, come up with resolutions and also built our networking with other universities. Hopefully, all resolutions that have been made will be taken into actions by the MOHE and also by the SRCs themselves. May all the experiences during the convention will bring benefits to all. InsyaAllah.


Bersama sahabat2 perjuangan IIUM SRC Kuantan dan Gombak


Aktiviti Khidmat Masyarakat


Sambutan Hari Guru


Lawatan ke Kawasan Penternakan Ikan Keli



.

Khamis, 16 April 2009

SRC!!!...welfare issues...

Alhamdulillah...exam hampir berakhir...hanya tinggal satu paper jer lg...tp cam biasa..ntah knp semangat utk truskan usaha dlm exam makin kurang ni...classmate pun ramai xde kat bilik skrg ni...keluar tenang kan fikiran agaknya..

sepanjang exam ni, byk perkara bermain di fikiran..terutamanya berkaitan kerja2 SRC...diakui gerak kerja SRC agak perlahan sdikit sepanjang waktu exam ni...kdg2 serba salah dibuatnya...kl fokus pd kerja SRC bimbang terabai tugas sbg pelajar...tp bila fokus pd belajar rase bersalah kt seme org...namun, rasenya spnjg exam ni priority utama perlu diletakkan pd belajar..dan harapnya sahabat2 uia seme mampu faham kengkangan yg kami alami...

namun begitu, tak bermakna kami lupakan trus tanggungjwb yg dipikul ni...spnjg waktu exam ni kami cuba selesaikan mana yg termampu..tp diakui tak byk yg mampu kami buat...dan yg peliknya..byk masalah2 timbul spnjg musim exam ni...antaranya masalah kecurian kat mahallah sister yg makin2 menjadi skrg ni...terutamanya time2 exam..dan tiap kali tu gak 'pencuri' tu gagal dikesan...masalah lain nya..masalah evergreen yg xselesai2 sejak 'kabinet' SRC wujud kt uia ni...masalah parking...samada kat mahallah atau kat KOM...tp akhir2 ni makin kronik jadinya...makin ramai yg disaman dan kdg2 tu saman yg dikenakan seakan2 tak logik..dicampur lg ngan tiada tempat utk parking kenderaan2.....

selain tu, masalah penempatan pelajar lelaki..yg mana utk semester akan dtg hanya pelajar 1st year jer diberi tempat kat indera mahkota campus disbbkan penambahan jumlah adik2 baru kita, yg senior2 seme terpaksa ditempat kan di IM2 atau IM6 yg masih dlm proses ditukarkan menjadi hostel...dgn adanya IM6 ni, mgkn akan timbul lg nnt isu2 baru seperti masalah pengangkutan dr IM6 ke IMC, mslh security, dan mslh2 lain...

selain cafe yg makin kotor skrg ni, monyet2 yg makin byk berkeliaran, pekerja2 binaan yg terlalu ramai sehingga timbul perasaan xselamat...dan mcm2 lg mslh lain.

dan tiap kali timbul masalah2 ni...yg kami dengar...'mana SRC'...'SRC, do something!'...'SRC xbuat apa2 ke'...utk pengetahuan semua...kami tau mslh yg berlaku...dan sbnrnya mslh2 ni adalah masalah yg kita semua alami..mslh kita bersama...

mgkn ada yg bertanya apa yg kami sdg buat skrg ni kan...utk selesai kan sst masalah..ada yg akan amik masa yg lama dan ada yg bleh di settlekan secepat mgkn..dan ada jgak mgkn xmampu disettlekan...tp tu bukan alasan utk kami tak trus berusaha...usaha tetap kena truskan...utk mslh parking tu, kami dh jumpa pihak admin utk hentikan sementara kerja2 menyaman ni sehinggala sampai waktu yg spttnya...namun, pelajar tetap pelajar...adakalanya suara kami xbermakna..tp..tu bukan penamat kpd usaha...kami akan cuba berbincang lg ngan admin utk cari jln penyelesaian yg terbaik buat semua...

dan, buat waktu ni...pihak welfare sdg berusaha utk settlekan mslh penempatan brothers...sekadar nk berkongsi...kenapa mahallah baru xjugak dibina2 wlpn pembinaan lain kat uia ni sdg rancak berjalan..sbb kl ikut logik nya mahallah lebih diperlukan drpd faciliti2 lain kan..mslh tak cukup hostel ni bukan uia jer alami tp juga dialamai oleh sahabat2 kita kat U lain...dan sbnrnya..seme pembinaan hostel2 di IPTA memerlukan kelulusan dr Rancangan Malaysia (RMK) yg akan dtg..dan apabila ada peruntukan dlm RMK tu barulah pembinaan hostel dimana2 IPTA diluluskan...dan buat waktu ni...peruntukan utk hostel baru kita blum ada tp sdg diusaha kan...utk menyelesaikan mslh yg berlaku..anak syarikat uia akan membina hostel sementara berdekatan UIA kntn yg sblm ni dijangka bermula bulan jun..namun berdasarkan info yg diterima..blum ada tanda2 kerja2 akan bermula...apa2pun kami akan cuba follow up smula mslh ni...

ATM bank...ni satu lg mslh yg xsettle2...buat waktu ni kita ada satu ATM jer yg dikongsi oleh hampir 2500 org student uia..dan tiap kali tu asyik habis duit jer kan...susah gak bila terpaksa keluar semata2 nk amik duit...semasa sesi Baiah SRC ngan pihak admin...Tn Hj. Azmi ada menjawab isu Atm yg kami utara kan..

Alhamdulillah...mengikut katanya...bbrp minggu yg lepas, 2 org pegawai atasan Bank Islam telah dtg melawat universiti kita utk survey samada campus kita ni sesuai diletakkan ATM bank islam ke tak...ciri2 yg diambil berat adalah mengenai keselamatn, jumlah pelanggan yg akan menggunakn ATM tu, dan accesibility pd org awam...went it come to business...teliti la jd nya...dan satu ATM tu sbnrnya berharga 250 ribu kl xsilap (bleh check smula kt mana2 source yg lbih dipercayai)...

dan setakat ni pihak bank islam setuju utk letakkan ATM tu berdekatan pondok guard kt main gate uia tu...mmg agak jauh kan..kl bleh rasenya nk minta jer diorg letakkan ATM tu kat KOS ke satu (mmg dh minta pn)..xpun kat mahallah..dekat skit nk amik duit...tp kena la kita ingat..bank ni sbnrnya buat business kn...jd mestilah diorg nk untung..jd dlm kes ni kena ada give and take...yg penting skrg...adanya ATM bank islam kt dlm uia ni...mengikut katanya..pihak bank islam dh setuju..cumanya...utk kerja2 meluluskan meletakkan ATM ni kt uia mgkn amik masa..plg2 awal pun 2bulan tempohnya..biasa la tu bila melibatkan birokrasi ni..byk prosedure terpaksa kena ikut..diharapnya semua dpt mendoa kan moga2 dicepatkan meng'install' ATM tu kt dlm campus kita ni...

em..dh jadi sesi luahan perasaan plak kan...maaf yer seme..sekadar nk berkongsi dan meluahkan rase hati..hehe..apapun..kami akan cuba usaha yg terbaik utk selesai kan mslh2 yg kita semua alami...dan kami harapkan sokongan dari semua..kerana dengan sokongan anda lah kami di sini..dan diharapnya dengan sokongan anda juga kami mampu menjalankan tanggungjawab kami sebaiknya...dan juga..terima kasih buat semua yg sll meng'alert'kan kami..keprihatinan semua amat kami harapkan supaya kami sedar apa yg berlaku...selain tu, kami amat mengharapkan idea2 dr semua utk selesaikan mslh2 kita ni..moga kita sama2 dpt saling membantu...insyaAllah...

tu jer la kot buat waktu ni...pas exam ni sy akan cuba update lg isu2 lain plak..termasuk peranan src dlm pembinaan sahsiah, jati diri dan kemampuan pelajar...

utk sahabat2 src seme..dan seme members2 src..kita ada byk kerja lg yg perlu kita buat...sama2 kita tingkatkan momentum kita yer...together we strive to the best of our ability...moga redhaNya mengiringi perjuangan kita..insya Allah...

"Competence goes beyond words. It's the leader's ability to say it, plan it, and do it in such a way that others know that you know how- and know that they want to follow you." (John C. Maxwell)







SRC 1st Syura: mainboard SRC 08/09 sdg berbincang mengenai gerak kerja SRC

Jumaat, 10 April 2009

Kabinet cerminan 'satu Malaysia'


Apr 9, 09 4:06pm

Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan barisan kabinet pertamanya dengan menampilkan tujuh muka baru dan menggugurkan lapan anggota jemaah menteri yang lepas.

Kabinet baru ini menyaksikan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri dan menteri pelajaran.

Najib, mengangkat sumpah sebagai perdana menteri keenam Jumaat lalu, mengekalkan portfolio menteri kewangan yang disandangnya sejak 19 September lepas, susulan pertukaran portfolio pertahanan dengan perdana menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Jemaah menteri Najib lebih kecil - 28 menteri dengan 25 kementerian - berbanding 32 menteri dengan 27 kementerian semasa pentadbiran Abdullah sebelum ini.

"Inilah saf dan inilah pasukan kita yang diharapkan menjadi cerminan
kekuatan serta wajah kemajmukan Malaysia melalui Barisan Nasional yang mewakili semua rakyat dari setiap penjuru dan pelusuk Malaysia," kata Najib ketika mengumumkan ahli-ahli kabinet di
Putrajaya mulai 3 petang.

Pengumuman itu disiarkan secara langsung oleh stesen-stesen TV tempatan.

Barisan kabinet itu juga ingin mencerminkan slogan pentadbiran Najib iaitu "Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan", yang mengajak rakyat bersama-sama melaksanakan transformasi besar untuk negara.

Lapan menteri yang tidak tersenarai: Datuk Seri Syed Hamid Albar
(Dalam Negeri), Datuk Seri Azalina Othman Said (Pelancongan), Senator Tan Sri Muhammad Muhd Taib (Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah), Senator Datuk Amirsham A Aziz (Jabatan Perdana Menteri), Datuk Ong Ka Chuan (Perumahan dan Kerajaan Tempatan), Datuk Mohd Zin Mohamed (Kerja Raya), Datuk Seri Zulhasnan Rafique (Wilayah Persekutuan) dan Datuk Shahrir Abdul Samad, yang meletakkan jawatan.

Tujuh muka baru yang dilantik ialah:

Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang bertanggungjawab bagi hal-ehwal perpaduan dan pengurusan prestasi.

Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) Mej Jen Datuk Jamil Khir Baharom sebagai menteri di JPM yang bertanggungjawab bagi hal ehwal Islam.

Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah yang dilantik menteri kewangan kedua.

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat yang pernah disandangnya sebelum pilihanraya umum 2008.

Datuk Anifah Aman sebagai menteri luar - yang pernah jawatan timbalan menteri sewaktu Abdullah membentuk kabinet baru selepas pilihanraya 8 Mac tahun lepas.

Ketua Umno Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin sebagai menteri Wilayah Persekutuan, dan

Naib Presiden MCA Datuk Kong Cho Ha - sebelum ini timbalan menteri kewangan, sebagai menteri perumahan dan kerajaan tempatan.

Daripada tujuh muka baru itu, empat dilantik menjadi menteri melalui
lantikan senator iaitu Dr Koh, Sharizat, Raja Nong Chik dan Jamil Khir yang mengangkat sumpah petang ini.

Pada sebelah pagi, perdana menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong selama 30 minit untuk mempersembahkan senarai anggota kabinet itu untuk perkenan baginda.

Najib tiba di Istana Terengganu pada kira-kira jam 11 pagi dan beredar pada jam 11.35 pagi.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri semalam, para menteri dan timbalan menteri dijadual mengangkat sumpah taat setia dan menyimpan rahsia di Istana Negara esok.

Upacara bersejarah tersebut akan diadakan pada jam 9.30 pagi dan disiarkan secara langsung oleh RTM

Dipetik dari http://www.malaysiakini.com/news/102012.





---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Malaysia kini melalui satu detik perubahan tampuk kepimpinan. Apakah yg mampu kita harapkan kepada pimpinan-pimpinan negara kita yang baru ini? Diharapnya slogan yg dilaungkan iaitu "Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan" mampu dilaksanakan sebaiknya.


Dan diharapkan juga agar pemimpin-pemimpin mahasiswa hari ini mampu memainkan peranan yg lebih aggresif dan proaktif dalam menjadi ‘check and balance’ kepada kerajaan. Semoga suara kita sebagai mahasiswa mampu mencorakkan perubahan yg diharapkan oleh semua…insyaAllah…Salam perjuangan buat semua pemimpin-pemimpin mahasiswa.

Khamis, 9 April 2009

Sahabat Dunia Akhirat...


Buat sahabat2 tercinta...moga ukhwah ni berkekalan selamanya...
bila yer nk bercuti sama2 ni...plan yg tak pernah menjadi...hehe...
seme sibuk jer..tp xsalahkn korg pun...antara punca utama xjdnya jaja kan...harap2 ada masa sesuai yg seme free...aim for singapore..hehe
Gud Luck exam pd yg sdg exam...:)

Ahad, 5 April 2009

Think positive

If you think you are beaten, you are. If you think you dare not, you won’t.

Success begins with your own will.

It’s all in your state of mind.

Life’s battles are not always won by those who are stronger or faster,

sooner or later the person who wins is the person who thinks he can.

There is no mountain you can’t conquer.

Just believe in yourself,

and believe in Him.


~ Words dedicated to someone call friend ~

~moga diberkati dan di rahmati-Nya ~ maaf atas kelambatan yg disengajakan ~ moga ‘sesuatu’ yg biasa ini mampu mengembirakan hari mu ~

Selasa, 31 Mac 2009

KASIH MEREKA...




Pernah kah kita terfikir apa pengharapan ibu bapa pd kita...mgkn ramai yg memikirkannya namun mampu kah kita memahami perasaan mereka...




Apa kata kita letakkan diri kita ditempat mereka...(kl sape2 nk pejam mata bleh gak)..




Bayangkan kita skrg mempunyai seorg anak...seorg anak yg kita belai dan didik dr kecik..dan skrg anak itu dah meningkat dewasa..berada di menara gading...anak yg kita harapkan yg terbaik dr nya...mestila expectation kita pd anak ini tinggi kan..kita mengharapkan anak ini berjaya menjadi anak yg berjaya...




Namun...


suatu hari...


Anak yg kita sanjung selama ini tetiba membawa khabar duka...GAGAL EXAM...apa perasaan kita...




Org2 di sekeliling kita mesti akan berfikir..."budak ni blaja ke buat apa kt U, org hntr blaja sibuk2 buat keje lain(eg: enjoy, couple, berpesatuan etc), astargfirullah..."




Namun...apa pula kata ibu bapa kita...apa yg kita dengar dari mereka...mgkn sesaat dua kita dimarahi mereka...mgkn juga sbhgnnya langsung tanpa dimarahi...sebaliknya nasihat yg dihulurkan...nasihat dan kata2 pembakar semangat utk kita trus berusaha sebaik mungkin...dan tanpa kita sedari...hampir setiap hari ibu bapa kita mendoakan kejayaan kita...mendoakan kesejahteraan anak yg disayanginya...mendoakan hanya yg terbaik utk anaknya... itula mereka...insan2 yg menyayangi kita seikhlas-ikhlasnya..tanpa mengharapkan balasan dr kita..




Cuma apa yg mereka harapkan..hanya yg terbaik buat kita...bukankah mempunyai anak yg soleh solehah yg berjaya adalah yg harapan setiap insan bergelar ibu dan ayah...




dan kita...


apa yg kita lakukan...ada tak doa2 utk mereka sekerap mereka mendoakan kita..pernah kah timbul secubit perasaan utk membalas jasa2 mereka pd kita…





Sempena exam yg berbaki beberapa ari jer lg ni sebelum bermula…apa kata kita usaha sedaya upaya kita untuk mendapat result yg terbaik…kita gunakan sepenuh masa yg ada sebaiknya…




Mungkin kah kali ni ibu bapa kita akan gembira dengan keputusan exam kita..atau kesedihan yg kita berikan pd mereka???




Semenya terletak pd pilihan kita…hadiahkan lah mereka dengan keputusan yg cemerlang..kerna itu hak mereka utk gembira…dan hak yg perlu kita tunaikan pd mereka…


gembirakan lah hati mereka…






*Maan najah fil imtihan*

Isnin, 30 Mac 2009

Salam Ukhwah..

Salam ukhwah…

Moga sahabat2 atau sesiapa sahaja yg melawat blog yg tak seberapa ni mampu mendapat serba sedikit manfaat darinya…

Camner yer terwujudnya blog ni..hehe..kalu ikutkan hati mgkn xkan wujud kot blog ni..namun atas dorongan dan sokongan sahabat2 maka terbina la jua..cam susah jer kan nk hasilkan blog ni…mgkn simple bg yg mmg terror dan gemar mencoret tp agak sukar bg diri ni yg ‘beginner’ dan agak xpandai nk menulis..

Mengikut kata seorg sahabat yg ajar bina blog ni… “xyah la jaja wat blog ni..menyemakkan jer blog2 yg sedia ada”…hehe…ayat ni keluar slps dah hampir sebulan blog ni hanya ada address n nama jer tanpa apa2 isi..hehe..apapun..disbbkan memikirkan bertapa pentingnya menyalurkan informasi secara pantas, tepat dan sampai pd sasaran..maka dikuatkan juga semangat…dan harapnya semangat tu akan berterusan dan xsekerat jalan jer…insyaAllah…

Andai shbt2 seme mempunyai apa2 pandangan atau komen atau apa2 jer..bleh la nyatakan terus utk kebaikan bersama…